Monday, September 23, 2019

KELAS INTERAKTIF DENGAN QUIZZIZ


     Sebagai seorang guru, saya sentiasa komited dalam usaha memastikan proses PdP berjalan dalam keadaan yang terbaik. Ini amat penting bagi memastikan pelajar saya memahami topik yang diajar. Kita didedahkan dengan konsep pembelajaran abad ke-21. Antara ciri pembelajaran ini adalah guru berperanan sebagai fasilitator. Justeru, kaedah pembelajaran interaktif perlu digunakan semasa proses pembelajaran. Saya amat tertarik dengan aplikasi Quizizz.com



Image result for lamabang quizizz


CIKGU ANUAR & QUIZIZZ 



QUIZIZZ merupakan  satu medium interaktif yang saya mula-mula perkenalkan kepada pelajar sejak tahun 2107 ketika berkhidmat di MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Quizizz biasanya saya akan gunakan sebagai penilaian pada akhir setiap pelajaran. Memandangkan di MRSM Kuala Klawang, pelajar-pelajar dibenarkan menggunakan telefon pintar, jadi ini merupakan peluang keemasan bagi saya untuk menggunakan aplikasi ini dalam kalangan pelajar semaksimum mungkin.

Saya dapati pelajar mendapat banyak faedah daripada permainan ini. Kebanyakan komen pelajar mengatakan permainan ini seronok, tidak membosankan dan pada masa yang sama boleh ulangkaji topik dalam pelajaran. Selain itu ia dapat menguji penguasaan fakta dalam kalangan pelajar. Tambahan pula, set Quizizz ini soalan berbentuk objektif.

Pelajar sedia maklum menjelang waktu cuti persekolahan, mereka akan dibekalkan nombor kod Quizizz ni sebagai kerja rumah. Memang seronok, mereka boleh jawab dimana-mana. 


Pada tahun 2019 saya berpindah ke MRSM Terendak. Di sini pelajar tidak dibenarkan membawa telefon pintar. Namun ianya bukan penghalang,  kami masih boleh mengunakan aplikasi ini dengan mengunjungi Makmal Bitara. Di makmal ini saya dan pelajar kerap mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan final exam kerana silibus pun sudah habis.


Pada pendapat saya, aplikasi Quizizz ini amat mesra pengguna. Guru-guru yang ada akaun boleh saja cipta set Quizizz sendiri. Jika kesuntukan masa, guru boleh "import" soalan daripada set Quizizz yang sudah dicipta oleh pengguna lain. Guru boleh set soalan Quizizz ini sebagai Homework atau  Play live guru sebagai host permainan. Memang syok... Melalui leaderboard guru juga dapat mengawal kuiz seperti tetapan masa dan sebagainya. Guru akan memberikan kod akses kepada pelajar untuk log in dan meletakkan nick name masing-masing. Apabila semua pelajar sudah masuk sebagai pemain. Maka guru akan klik Start Game


Pelajar dapat menjawab kuiz secara sendiri tetapi seolah-olah bermain bersama-sama kerana di dalam Quizizz terdapat elemen-elemen yang menarik seperti penggunaan avatar, leaderboard dan meme yang bersifat lucu. Guru dapat menganalisis laporan kemajuan pelajarnya melalui data yang diperoleh dan melaluinya guru dapat membantu pelajarnya dibahagian yang dirasakan lemah.

TOTURIAL BAGAIMANA MENGGUNAKAN QUIZIZZ

 Click pada pautran ini untuk mengetahui cara-cara mengendalikan Quizizz.intro

Cara membina Quizizz:

1. Quizizz
2. LANGKAH 1 : Mencipta akaun QUIZIZZ
3. Buka ww.quizizz.com di Google
4. Sign Up terlebih dahulu
5. Create untuk mula bina kuiz anda
6. Masukkan nama Kuiz yang sesuai
7. Taipkan soalan anda di sini 1 Pilih untuk tambah soalan 2 Tentukan pilihan yang betul 
8. Anda mempunyai 2 pilihan untuk menjawab kuiz ini. Secara langsung, LIVE di dalam kelas, atau pun boleh dijadikan sebagai KERJA RUMAH.
9. Pilih untuk jawab kuiz bersama murid secara LIVE Pilih ini untuk dijadikan sebagai kerja rumah.
10. Murid pergi ke pautan www.join.quizizz.com 1 Murid masukkan Kod nombor untuk mula jawab kuiz. 2 *Ini paparan murid
11. Guna nama sebenar untuk mudah dikenali guru. *Ini paparan murid
12. Murid teruja kerana mereka dapat Avatar masing-masing. *Ini paparan murid
13. Murid pilih jawapan yang betul *Ini paparan murid
14. Tetapkan tarikh akhir kerja rumah untuk jawab kuiz sebagai Kerja Rumah
15. Bagaimana saya boleh melihat SIAPA yang menjawab dan APAKAH markah kuiz mereka?
16. Pilih My Reports. 1 Kita dapat lihat analisis bagi setiap soalan.
17. Murid dapat dikenal pasti berserta markahnya Jawab betul semua. 
18Analisis boleh di Download dalam bentuk Excel.



JOM KITA KITA NILAI APAKAH KELEBIHAN QUIZIZZ:


  1. Aplikasi Quizizz ini merupakan jaedah pembelajaran yang bersifat iteraktif kerana adanya avatar, leaderboard, tema dan muzik. pelajar pasti tidak bosan.
  2. Kuiz dapat disiapkan dengan masa yang pantas.. dengan butang add dan import segalanya pantas.
  3. Melalui aplilkasi ini guru dapat menyediakan data dan laporan tahap penguasaan pelajar dengan terperinci kerana pada akhir setiap  permainan akan ade summary.
  4. Aplikasi ini boleh dimainkan di komputer, tablet ataupun telefon pintar. Bila-bila atau dimana-mana. Jadi apabila cuti, pelajar boleh isi masa dengan lebih bermanfaat.
  5. Pelajar tidak perlu mendaftar akaun untuk menjawab Quizizz
  6. Quizizz boleh disediakan sendiri dan berkongsi dengan sesiapa sahaja.
Photo sekitar perjalanan Pdp:

Tuu dia,, cikgu Nua sibuk bagi semangat pada para pelajar.. fokus.... jangan salah jawab... siapa betul semua cikgu bagi hadiah......


Paparan bila kita main live game.... cikgu tunggu korang masukkk... baru boleh Start Game


khusyuk sangat tu... tak mahu salah katanya.......


Selepas semua siap jawab soalan kita bincang sama-sama bahagian mana yang salah dan kurang faham....



Guru boleh lihat tahap kefahaman pelajar dan subtopik mana yang pelajar paling banyak salah. Kemudian kita bincang....




Video perjalanan PdP








No comments:

Post a Comment

MUDAHNYA DENGAN PADLET

CLICK HERE: https://padlet.com/abumuaz0604/mv9tkko9zqy9 ADA APA DENGAN  PADLET?          Pada entry kali ini saya ingin kongsika...