Tuesday, October 22, 2019

MUDAHNYA DENGAN PADLET


ADA APA DENGAN  PADLET?

         Pada entry kali ini saya ingin kongsikan satu aplikasi yang kita panggil ia dengan nama Padlet. First time bila dengar aplikasi bunyi macam pelik. Saya baru tahu benda ni semasa meNgikuti kelas Dr Farhah. Beliau menggunakan aplikasi ini untuk pelajar menghantar tugasan semasa kelas Diploma Pendidikan. Seronok juga bila guna Padlet ini. Pelajar boleh share tugasan mereka. Guru pancarkan pada layar dan pilih sahaja mana-mana tugasan pelajar yang terdapat pada Padlet dan bincangkan semasa PdP.

          Di MRSM Terendak saya gunakan aplikasi Padlet ini untuk pelajar menghantar tugasan. Contohnya slide untuk pembentangan. Saya minta pelajar hantar di situ. Jadi, mana-mana pelajar yang hendak memuat turun dan buat salinan boleh sahaja masuk ke Padlet saya dan ambil yang mana perlu dan ketika kelas saya boleh pilih sahaja mana isi kandungan Padlet yang saya mahukan untuk dibincangkan. Memang terbaik.

          Dengan adanya Padlet ia akan melancarkan proses PdP saya. Saya akan terus menggunakan aplikasi ini dalam kerjaya saya. Dibawah saya kongsikan lagi kebaikan Padlet...





JOM KITA LIHAT MANFAAT PADLET NI

1. Padlet merupakan satu aplikasi untuk kita berbual atau berkongsi maklumat.
2. Membolehkan sesiapa sahaja menggunaknnya.
3. Ianya menggunakn konsep click & drag... ia umpama notice board. Pengguna boleh berkongsi apa sahaja yang diingini.
4. Web kolaboratif- membolehkan seseorang menjadi penghasil dan pengguna.
5. boleh memuat naik imej, teks, audio, dan video pada dinding digital Padlet.

Antara kelebihan padlet dalam proses pengajaran & pembelajaran (P&P) adalah :
  • P&P jadi lebih menarik dan interaktif
  • Pelajar terlibat secara kolaboratif
  • Pengguna dapat mengawal sendiri aktiviti mereka
  • Memberi peluang sama rata antara pengguna dalam kumpulan dalam menyumbang idea mereka ataupun dalam memberi maklum balas terhadap sesuatu idea
  • Menjana idea melalui kaedah sumbang saran
  • Membenarkan pelajar mengulangkaji semula pelajaran selepas P&P
  • Dinding digital yang membolehkan pelajar menulis apa sahaja idea berkenaan pembelajarannya sama ada melalui teks, gambar, video, audio ataupun pautan web. Pelajar lain pula boleh memberikan komen berkenaan perkongsian tersebut

Hasil perkongsian pelajar.

No comments:

Post a Comment

MUDAHNYA DENGAN PADLET

CLICK HERE: https://padlet.com/abumuaz0604/mv9tkko9zqy9 ADA APA DENGAN  PADLET?          Pada entry kali ini saya ingin kongsika...