Tuesday, October 22, 2019

MUDAHNYA DENGAN PADLET


ADA APA DENGAN  PADLET?

         Pada entry kali ini saya ingin kongsikan satu aplikasi yang kita panggil ia dengan nama Padlet. First time bila dengar aplikasi bunyi macam pelik. Saya baru tahu benda ni semasa meNgikuti kelas Dr Farhah. Beliau menggunakan aplikasi ini untuk pelajar menghantar tugasan semasa kelas Diploma Pendidikan. Seronok juga bila guna Padlet ini. Pelajar boleh share tugasan mereka. Guru pancarkan pada layar dan pilih sahaja mana-mana tugasan pelajar yang terdapat pada Padlet dan bincangkan semasa PdP.

          Di MRSM Terendak saya gunakan aplikasi Padlet ini untuk pelajar menghantar tugasan. Contohnya slide untuk pembentangan. Saya minta pelajar hantar di situ. Jadi, mana-mana pelajar yang hendak memuat turun dan buat salinan boleh sahaja masuk ke Padlet saya dan ambil yang mana perlu dan ketika kelas saya boleh pilih sahaja mana isi kandungan Padlet yang saya mahukan untuk dibincangkan. Memang terbaik.

          Dengan adanya Padlet ia akan melancarkan proses PdP saya. Saya akan terus menggunakan aplikasi ini dalam kerjaya saya. Dibawah saya kongsikan lagi kebaikan Padlet...





JOM KITA LIHAT MANFAAT PADLET NI

1. Padlet merupakan satu aplikasi untuk kita berbual atau berkongsi maklumat.
2. Membolehkan sesiapa sahaja menggunaknnya.
3. Ianya menggunakn konsep click & drag... ia umpama notice board. Pengguna boleh berkongsi apa sahaja yang diingini.
4. Web kolaboratif- membolehkan seseorang menjadi penghasil dan pengguna.
5. boleh memuat naik imej, teks, audio, dan video pada dinding digital Padlet.

Antara kelebihan padlet dalam proses pengajaran & pembelajaran (P&P) adalah :
  • P&P jadi lebih menarik dan interaktif
  • Pelajar terlibat secara kolaboratif
  • Pengguna dapat mengawal sendiri aktiviti mereka
  • Memberi peluang sama rata antara pengguna dalam kumpulan dalam menyumbang idea mereka ataupun dalam memberi maklum balas terhadap sesuatu idea
  • Menjana idea melalui kaedah sumbang saran
  • Membenarkan pelajar mengulangkaji semula pelajaran selepas P&P
  • Dinding digital yang membolehkan pelajar menulis apa sahaja idea berkenaan pembelajarannya sama ada melalui teks, gambar, video, audio ataupun pautan web. Pelajar lain pula boleh memberikan komen berkenaan perkongsian tersebut

Hasil perkongsian pelajar.

BESTNYA KAHOOT



Image result for kahoot




Pada entry kali ini saya ingin kongsikan kepada anda semua satu aplikasi yang tidak kurang best juga dan sangat menarik untuk dicuba. Jika ada yang sudah mencubanya saya ucapkan tahniah. Pada yang belum mencuba, ayuh kita cuba. Maka, saya hendak mengajak anda semua mencuba Kahoot. Ia merupakan satu aplikasi online kuiz yang sangat interaktif dan menarik untuk dicuba. Aplikasi ini membantu proses PdP supaya lebih fresh dan tidak membosankan....





Apa bestnya Kahoot!?



1. Sangat menarik kerana pelajar akan terlibat secara aktif semasa di dalam kelas. Suasana ini amat penting bagi mengelakkan pelajar merasa bosan dan mengantuk. Tambahan pula jika kelas pada waktu tengah hari.





2. Mempunyai sistem ranking. Apabila selesai menjawab ,pelajar akan tahu kedudukan mereka. Ranking tersebut 5 orang yang mendapat markah tertinggi. Ia diberikan berdasarkan siapa yang menjawab soalan paling cepat dan tepat. Jadi game ini menguji kecekapan pelajar menjawab soalan. 











3. Guru boleh set soalan dan guru boleh menetapkan bilangan soalan sebagai latihan, bilangan jawapan, tempoh menjawab soalan, bentuk soalan sama ada teks, gambar, atau video.




4. Guru boleh simpan set soalan dalam akaun masing-masing. Ini satu kelebihan pada guru kerana tidak perlu bawa pendrive. segalanya boleh dicapai daripada akaun masing-masing jika ingin digunakan.



5. ONLINE.... bila-bila dan dimana-mana. sangat sesuai digunakan oleh pelajar. Beri homework pada pelajar dan mereka boleh jawab dalam suasana santai...yang penting ada capaian internet saja.



6. Multipurpose, boleh digunakan semasa PdP, set induksi, pengukuhan, ulangkaji, sample soalam exam dan bermacam-macam lagi. Ianya bergantung kepada kreativiti guru.



7. Meningkatkan semangat pelajar untuk belajar dan semangat berlumba-lumba untuk mendapat yang terbaik dalam pelajaran.


CARA-CARA MENGGUNAKAN KAHOOT.



1. Guru perlu ke https://getkahoot.com/ untuk membina akaun. Kat akaun tu nanti akan tersimpan segala set-set soalan yang telah dibina. 





Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P





2. Seterusnya, mula lah membina set soalan anda masing-masing. Gunakan kreativiti semasa membina soalan. Boleh masukkan teks / gambar / video. Soalan KBAT juga boleh soal jika guru bijak menggunakan kreativiti masing-masing.





Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P


Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P





3. Pada hari kejadian, mohon pelajar log in Kahoot! di https://kahoot.it/#/. Boleh guna komputer, boleh guna laptop, boleh juga guna smartphone (download apps khusus - percuma). Paparan untuk murid lebih ringkas. 





Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P





4. Minta pelajar tunggu untuk Game PIN bagi kuiz kali ini. Ingat yer! Game PIN tu akan berubah-ubah setiap kali kita bermain dalam tu. Maka tak perlu nak salin dalam buku . Tunggu sahaja yang keluar kat skrin depan. 



5. Sebaik saja, guru mulakan kuiz, Game PIN akan dikeluarkan pada skrin. Maka pelajar perlu berlumba-lumba memasukkan Game PIN tu melalui komputer masing-masing. 





Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P





6. Kemudian, pelajar perlu masukkan Nickname mereka bagi tujuan identifikasi. Bilangan dan nama pelajar yang sudah menyertai kuiz, akan terpampang di skrin.





Tutorial Guna Kahoot! Sebagai Strategi P&P





7. Tunggu sehingga selesai semua pelajar log in dalam kuiz, maka guru boleh mulakan sesi. Sebaiknya maklumkan kepada pelajar beberapa syarat kuiz. Sebagai contoh, masa yang diperuntukkan untuk setiap soalan dan lain-lain yang berkenaan.





8. Soalan akan terpampang pada skrin depan. 



9. Murid akan menjawab pada komputer masing-masing dengan hanya memilih pilihan jawapan yang betul. Semua pelajar memasukkan jawapan masing-masing. 



10. Selesai masa menjawab yang diberikan, jawapan sebenar akan keluar. 



11. Setiap pelajar akan mendapat keputusan samada BETUL atau SALAH di skrin masing-masing. 



12. Manakala di skrin depan pula, terpapar senarai Top 5 pelajar dengan markah tertinggi. Markah tertinggi diberikan kepada pelajar dengan jawapan yang betul dan jawapan yang paling cepat dimasukkan.





13. Teruskan dengan soalan seterusnya sehingga selesai menjawab semua soalan.






14. Selesai soalan terakhir, markah penuh dengan nama pelajar Top Scorer akan dipaparkan. Mesti bangga sungguh siapa yang namanya terpampang di akhir kuiz. Hebat.






Semoga perkongsian saya ini mampu memberi pengetahuan baharu kepada rakan guru yang berminat untuk mencuba pendekatan ICT dalam PdP. Semoga bermanfaat.


fokus ada skrin kemudian jawab ....

syoknya kahoot

bermain dengan warna.......





Video sekitar PdP

MUDAHNYA DENGAN PADLET

CLICK HERE: https://padlet.com/abumuaz0604/mv9tkko9zqy9 ADA APA DENGAN  PADLET?          Pada entry kali ini saya ingin kongsika...